Produk Mulk
DEDAK AYAM KAMPUNG PEMULA
Sesuai diberi kepada ayam yang berumur dalam 1 - 4 minggu. merupakan sumber penting untuk pertumbuhan sel-sel ayam. Mikronutrien seperti vitamin dan mineral (kalsium, fosforus, dan lain-lain): membantu melawan serangan penyakit, menyokong pembentukan struktur kerangka ayam, dan lain-lain.


DEDAK AYAM PENELUR
makanan ternakan yang dirumus khas untuk meningkatkan produktiviti ayam penelur. Dengan nutrisi yang lengkap dan seimbang, dedak ini membantu ayam menghasilkan telur berkualiti tinggi dengan lebih konsisten. Formula ini mengandungi protein, kalsium, vitamin, dan mineral yang penting untuk kesihatan keseluruhan ayam dan meningkatkan kualiti serta kuantiti telur yang dihasilkan.
DEDAK AYAM KAMPUNG PENGEMUK
Sesuai diberi kepada ayam yang berumur dalam 5-12 minggu. Menyokong pertumbuhan ayam agar membesar dan menggemuk dengan baik. Doformulasi dgn mikronutrien bagi membantu melawan serangan penyakit, menyokong pembentukan struktur kerangka ayam, dan lain-lain.


Sains Disebalik Mulk
Formula Premium Untuk Ayam yang Lebih Sihat
Di MULK, setiap butir dedak bukan sekadar makanan – ia adalah hasil kajian mendalam, formula premium yang menggabungkan nutrisi semula jadi dengan keperluan sebenar ayam kampung dan ayam penelur.
Bebas Antibiotik & Protein Darah
Kesihatan ayam bermula dari makanan yang bersih. Kami memastikan dedak MULK 100% tiada antibiotik sintetik, tiada campuran Protein darah, hanya bahan berkualiti tinggi untuk pertumbuhan optimum. Dedak ayam MULK bebas daripada Shubahah.
Teknologi Formulasi Saintifik
Setiap ramuan dalam MULK dipilih berdasarkan kajian saintifik, memberikan keseimbangan protein, serat, vitamin & mineral yang ideal. Hasilnya? Ayam lebih sihat, lebih cepat membesar, kurang risiko penyakit – tanpa perlu bergantung kepada bahan sintetik!
Diuji & Terbukti
Produk kami bukan sekadar janji kosong. Setiap formulasi telah melalui ujian rapi untuk memastikan keberkesanan dalam pertumbuhan, daya tahan penyakit & produktiviti ayam.