MULK adalah jenama dedak ayam yang dihasilkan khas untuk penternak kecil Ayam Kampung dan Ayam Penelur. Kami percaya bahawa makanan berkualiti tinggi memainkan peranan penting dalam kesihatan ayam dan hasil ternakan yang lebih baik.

Misi Kami

  • Menghasilkan makanan ayam yang bebas abtibiotik & tanpa was-was.

  • Menyokong penternak kecil dengan produk berkualiti tinggi pada harga berpatutan.

  • Menggalakkan penternakan yang sihat & lestari.

Visi Kami

Menjadikan MULK jenama dedak ayam Organik No 1 Malaysia

“Semenjak saya menukar dedak ayam saya ke jenama MULK ayam penelur saya nampak lebih ceria, jumlah pengeluaran telur pun nampak meningkat lebih berbanding dulu”

Johan, Sungai Kerling, Selangor

Dedak MULK di hasilkan  daripada formulasi yang telah dikaji oleh pakar – pakar kami serta diuji keberkesanan oleh pelanggan – pelanggan kami. Dedak MULK dihasilkan dengan teknologi terkini di kilang pengeluaran kami di Bestari Jaya, Ijok,  Selangor.